Selasa, 7 Jun 2011

SERIBU IMPIAN...MUNGKIN..(PART 1)

1999an...Pang!! Pang!! Pang!!...itulah yang kali ke 7 Die dikenakan hukuman rotan oleh guru matametiknya..tanpa ada perasaan belas kasihan seorang guru hukuman demi hukuman dikenakan. Itulah orang kata guru dahulu dan sekarang banya perbezaannya, kalau dahulunya,guru dibenarkan menghukum apa jua hukuman terhadap muridnya tetapi sekarang guru menjentik sedikit pun sudah menjadi isu besar kepada ibubapa moden sekarang sehinggakan isu tersebut diheretkan ke mahkamah. Ini lah yang menyebabkan anak-anakremaja sekarang sudah pandai mengugut gurunya sendiri walaupun kita sering diajar menhormati guru kerana guru memberi cahaya dalam kehidupan.
            Die terus berdiam diri menahan kesakitan yang dialaminya sehinggakan tertinggal kesan pada bahagian tangannya..sambil berbisik dalam hati..
"haishh..cikgu nie asyik nak rotan kerjanya..dia ingat aku suka..buat la hukuman lain tahu tak sakit benda alah tu lau kene kulit aku..alah setakat terlupa sifir 7 ajalah...bukan sifir ini boleh bawa ke mati pun..sial punya cikgu”
 begitulah rintihan hati seorang pelajar darjah 3 terhadap gurunya.
            Sedang kawan-kawan yang lain mendengar ilmu baru yang diberi oleh seorang guru mengajar di hadapan Die tetap terus dihukum oleh gurunya dengan menyuruh Die berdiri di belakang kelas sambil menghafal sihir yang dilupai olehnya. Alangkah malunya dirinya diperlakukan sedemikian rupa di dalam kelas yang terdiri 32 orang murid. Die dapat menyaksikan 2, 3 pelajar tersenyum sinis terhadapnya. Die hanya mampu tunduk dan menerus akan hukuman diberi dengan bersendirian.
            Die tahu kalau dia membantah, lagi dashyat hukuman yang akan diterimanya nanti jadi tidak mahu kene lagi parah Die diam membisu tanpa suara menerima apa jua hukuman diberi kepada nya. Disekolah Die banyak peraturan-peraturan yang perlu di ikuti contohnya, bila berjalan tangan hendaklah sentiasa di belakang motif nya agar pelajar-pelajar tidak berlari dalam perkarangan sekolah, lagi selepas rehat hendaklah perhimpun dalam dewan untuk membaca pantun, puisi dalam 3 jenis bahasa iaitu bahasa Melayu, English, Cina. Ya...Die di sekolahkan  di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (cina).
            Apa yang menyebabkan ibubapanya menhantarnya ke sekolah itu pun tidak Die pasti penyebabnya mungkin kerana kepentingan bahasa ketiga tersebut yang menyebabkan Die dihantar ke sekolah tersebut. Die hanya redha dan berserah segala apa yang berlaku terhadapnya sepanjang berada di alam sekolah rendah dimana rata-rata rakan-rakan sebaya dengannya mengatakan alam sekolah rendah adalah yang paling terindah tetapi sebaliknya pula kepada Die yang dihadapinya hanyalah peraturan, hukuman, kerja sekolah bertimbun, tekanan dari ibubapa,guru dan rakan sebanya nya. Pernah terjadi pada Die dimana dia dipinggirkan oleh rakan sekelasnya disebabkan dia tidak terlalu bijak dalam segala pelajaran kecuali bahasa melayu. Akan tetapi Die pun tiada apa-apa perasaan ketika itu mungkin kerana sudah lali dengan situasi seperti demikian. Die hanya mampu menebalkan muka dan terus seperti biasa kehidupannya nasiblah keluarganya tidak terlalu rendah dipandangan umum kerana ibupadanya seorang yang dipandang tinggi di kampong mahupn dimana-mana sahaja. Semua menganggapkan keluarga Die ini tinggi tarafnya berbanding kawan-kawan lain tetapi didalamnya tiada siapa yang tahu.
         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan